BAB 9: KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH
Di dalam kehidupan ini, tiada seorang pun yang tidak mempunyai masalah. Tapi bagaimana kita sebagai manusia untuk menyelesaikan masalah tersebut? Ada sesetengah manusia yang menyelesaikan masalah tersebut dengan berfikir secara logik, ada pula yang menggunakan panduan agama, tidak kurang juga ada yang menggunakan perasaan yang diberikan oleh Maha Pencipta untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Selain itu, di dalam kehidupan ini kita dapat melihat perbezaan bagaimana seseorang itu boleh menangani masalah itu dengan cepat berbanding dengan orang lain. Jadi persoalaannya bagaimana individu itu melakukannya? Berdasarkan Francais, beliau mengatakan bahawa terdapat 4 faktor yang mempengaruhi seseorang individu itu. Antaranya ialah motivasi yang kuat, trait yang positif, jati diri dan juga membina kemahiran.
Melalui motivasi yang kuat, selalunya individu ini mempunyai sikap positif dan tidak cepat mengalah dengan masalah yang dihadapinya. Objektif individu ini ialah kemenangan dalam menyelesaikan masalah ini. Mereka selalunya tidak berasa takut kepada misteri dan kesukaran masalah yang dihadapi.
Trait yang positif bermaksud individu itu mempunyai emosi yang stabil di mana membolehkannya menyelesaikan masalah secara objektif. Mereka ini juga tidak mudah gentar dan mempunyai intelektual yang tinggi kerana masalah yang dihadapi memerlukan pengetahuan saintifik. Mereka juga tidak mudah berputus asa dan tidak jemu dalam menghadapi masalah itu.
Jati diri. Individu ini mempunyai tahap keyakinan diri tinggi serta dapat menguasai situasi yang mungkin timbul serta selalu berfikiran yang positif dengan yakin bahawa mereka pasti boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Individu itu dapat menyelesaikan masalah itu dengan cepat juga adalah disebabkan dia membina kemahiran di dalam dirinya. Penyelesian sesuatu masalah boleh dilakukan berdasarkan pelbagai teknik dan model. Antara yang popular ialah Enam Langkah yang diperkenalkan oleh Chang dan Kelly. Antaranya ialah kenal pasti masalah, analisa punca masalah, kenal pasti cara penyelesaian, pilih penyelesaian yang terbaik, bentuk plan tindakan dan yang terakhir ialah pelaksanaan dan penilaian.
Manakala dalam contoh lain pula, kita boleh melihat Francais memperkenalkan 8 langkah dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Antaranya ialah tuning in, objective setting, success measurement, information collection, decision making, planning, action, dan terakhir ialah review to improve.
KATEGORI MASALAH
Menurut Francais, masalah juga boleh dikelaskan mengikut aspek tertentu. Antaranya ialah misteri, tugasan, kesukaran, peluang, tidak pasti, dan dilema. Misteri dapat didefinisikan sebagai situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku atau yang diharapkan. Tugasan pula dapat diuraikan sebagai individu yang melakukan tugasan yang telah diperincikan kriteria-kriteria yang perlu ada serta objektif tugas tersebut. Kesukaran dapat digambarkan individu yang tidak tahu untuk menguruskan sesuatu situasi dan merasakan sumber-sumber yang adalah tidak mencukupi. Individu juga harus berusaha mewujudkan peluang sebab kebanyakannya daripada hasil usaha mereka sendiri. Tidak pasti adalah digambarkan sebagai individu yang tahu jawapan penyelesaian masalah tetapi tidak pasti sama ada jawapan itu betul ataupun salah.
Dilema pula didefinisikan sebagai situasi yang sukar untuk mencari penyelesian dan menentukan cara yang terbaik untuk melakukannya. Dilema tidak boleh diselesaikan dengan computer, tetapi ia boleh diselesaikan melalui unsure kemanusiaan.
1 MODEL PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK DAN LOGIK.
Dalam model ini, terdapat 7 langkah yang boleh diaplikasikan oleh seseorang itu bagi menangani masalah secara saintifik dan logik. Pertama ialah mendefinisikan masalah itu, di mana kita perlu mengenal pasti apakah masalah yang ingin diselesaikan. Apabila masalah telah dikenal pasti keadaan mind set seseorang akan wujud. Adalah amat penting dalam memahami semua faktor yang menyebabkan masalah itu boleh berlaku. Kedua ialah mengkelaskan masalah iaitu individu itu perlu menilai risiko yang ada pada tiap-tiap masalah itu dan mengkelaskan mengikut kategori yang ada.
Ketiga, menetukan objektif. Seseorang perlu menentukan objektif tentang apa yang diingini daripada aktiviti-aktiviti yang hendak dilaksanakan. Objetif tersebut haruslah mudah untuk difahami, jelas dan praktikal. Keempat, menentukan ukuran kejayaan. Sekiranya tiada ukuran kejayaan bagaiamana individu itu hendak menilai kejayaaan dalam menyelesaikan masalah. Kelima, kutipan data. Ini bermaksud bahawa penyelesaian masalah secara logik memerlukan proses pengumpulan data atau maklumat yang berkaitan dengan masalah yang hendak diselesaikan iaitu melalui pengalaman, pemerhatian, dan juga kajian. Keeenam ialah membuat keputusan, di mana konsep consensus daripada semua staf di dalam memilih opsyen untuk dilaksanakan dan ianya mengambil masa tetapi hasilnya pasti akan memberikan kepuasan kepada semua pihak.
Ketujuh ialah melaksanakan keputusan yang diambil. Individu harus memberi perhatian kepada perkara-perkara yang teliti dan penelitian yang rapi serta beberapa aspek yang perlu diambil kira iaitu keyakinan, kesungguhan, objektiviti, kemahiran, penyesuaian, dan kebolehan untuk bekerja dalam kumpulan.
2 PENILAIAN SECARA SAINTIFIK
Terdapat tiga cara atau langkah dalam menyelesaikan masalah secara saintifik iaitu mengadakan hipotesis, mengumpul maklumat serta membuat kesimpulan. Pertama, mengadakan hipotesis iaitu suatu masalah perlu diujidan dibuktikan sama ada betul atau salah. Kedua, mengumpul maklumat yang relevan dengan masalah sahaja. Ketiga, membuat kesimpulan iaitu dengan menangguhkan atau menunda sebarang keputusan selagi tidak memperoleh bukti atau maklumat yang meyakinkan tentang hipotesis yang ada.
3 PENYELESAIAN SECARA KREATIF/LATERAL
Ciri-ciri yang wujud dalam penyelesaian secara kreatif/lateral ialah ia tidak bersifat kritikal, tidak bersifat analitikal, dan tidak bersifat vertical/sehala.
Berdasarkan Edward de Bono, beliau memperkenalkan 6 Topi Berfikir iaitu Topi Hijau lambang pemikiran kreatif dan subur, Topi Kuning lambang positif dan konstruktif, Topi Putih lambang pemikiran objektif, Topi Hitam lambing pemikiran negatif dan kritikal, Topi Merah lambang pemikiran emotif dan yang terakhir Topi Biru iaitu lambang langit di atas.
Selain itu juga, beliau memperkenalkan 6 Kasut Bertindak iaitu Kasut Formal Biru Laut, Kasut Kelabu, Kasut Perang, Boot Oren, Selipar Merah Jambu serta Kasut Tunggangan Ungu.
4 PENYELESAIAN MELALUI PERASAAN
4 PENYELESAIAN MELALUI PERASAAN
Melalui konsep EQ iaitu Emotional Intellegence. Salovey memperkenalkan lima domain dalam kecerdasan emosi iaitu kebolehan mengetahuai emosi sendiri, kebolehan dalam pengurusan emosi, kebolehan meningkatkan motivasi, kebolehan mengenal emosi orang lain serta kebolehan menjalin persaudaraan.
5 PENYELESAIAN SECARA ISLAM
Mempunyai dua pendekatan iaitu pendekatan hukum dan pendekatan sufi.
Pendekatan hukum adalah berdasarkan al-Quran dan al-Hadith yang wajib dipatuhi kecuali disebabkan oleh darurat, penyakit, gila, pengsan, usia tua, serta cacat mental.
Manakala bagi pendekatan sufi pula berdasarkan hakikat masalah, sebab masalah serta kaedah penyelesaian. Melibatkan dua dimensi iaitu Proses Tazkiyyah an-Nafs dan Proses Tazkiyyat al-Nafs